Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, saya masih sihat.. kenapa dah berbulan sy x update blog? hihihi bukan diatas kerelaan tetapi kekangan masa menghambat diri, sibuk dengan tugasan baru yang hampir saban hari menyesakkan dada, sampaikan nak melepaskan hajat pun boleh terlupa.. ish.. ish.. ish..
whats new?
xde kut.. biasa-biasa jer..
raya je la aritu, my family as usual balik kedah ler beraya ngan keluarga belah suami...
jalan jem? biasa la tu, dah namanye raya.. kalau x jem mcm x raya lak suasananya..
whats old?
my age.. ok..ok.. nak masuk 28 dah esok lusa ni.. patut la badan aku ni asik sakit2 jer, dah nak osteoporosis rupe2nya..
ok lah melepaskan rindu pd blog ni, kasi lap2 sikit kerusi meja, lama dah xde org bertandang kan..
salam sayang,
Madihays{Ida}
Posted at 14:16 | Labels: madihays | 0 Comments
Hikmah Bismillah
|
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya..
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Anda ada dua pilihan sama ada:
Sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, 'siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.... '
InsyaAllah...
|
Posted at 16:30 | | 1 Comments
Daily excercise - video lawak guling2
Kesian jugak kat attendant hospital tu, kalau 50 org pesakit mau pengsan... patutla kurus je.. kahkahkah.
Rasa2nya ketawa juga adalah excercise muka.. kan?
MaDihays{Ida}
Posted at 11:51 | Labels: for fun, video | 2 Comments
<~ Majlis Syima bersanding {Adik aku}~>
Yours sincerely,
MaDihays{Ida}
Posted at 12:53 | Labels: madihays | 15 Comments
Rajin jawap tag
The rules:1. Write three (3) interesting facts about the person who gave you this award.
2. Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
3. Pick your seven (7) most deserving recipients and describe them.
4. Leave a comment on the recipient's blog to tell them they've been tagged.
@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@
1. Write three (3) interesting facts about the person who gave you this award.
Zanariah yang bagi tag nie.. ape ek nak tulis.
- dia orang pahang
- nak kawen dah tahun ni
- seorang yang baik, obedient dan tabah mengharungi dugaan.
2. Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
- anak sulung kpd pn. mariah dan dotter pertama kpd en. mohamad.
- dilahirkan di klang
- melalui sepanjang zaman kanak2 dengan riang gembira di Sungai Besar, Sabak Bernam
- tak pernah masuk skolah Tadika, hehe.. umur 6 tahun dah masuk darjah satu, tapi ulang balik darjah 1 tahun yg berikutnya.
- selalu join competition koir, choral speaking ngan nasyid.
- sangat pemalu dengan microphone time karaoke, tapi bila org lain nyanyi sibuk2 je nak nyanyi sama.. hahaha!
- sangat minat cerita Nur Kasih kat TV3 ari jumaat 9 mlm tu. Kesian kat nur.
- sedang berusaha mengurangkan berat badan secara semulajadi tanpa ubat2an.. caiyok!!27x
- raya tahun ni mungkin tak balik kampung
- sedang belajar tentang perkara baru yang lebih luas skopnya daripada senior2 kat opis ni..
3. Pick your seven (7) most deserving recipients and describe them.
i choose not to tag anyone. sape2 yang rase nak buat tu silalah!
4. Leave a comment on the recipient's blog to tell them they've been tagged.
not applicable lor...
ok lah, aku nak pegi semenyih ni, cau cin cau, dik zana, ok tak? akak dah jawab nie..
Posted at 12:00 | Labels: award, tag | 0 Comments
Kenapa perlu cium anak?
Pada Sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu...never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents.
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda yg boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama, pahala dari itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam bissawab.
Posted at 12:54 | | 4 Comments
{ Jatuh flat tingkat 9!! }
Sampai je dekat HKL unit pediatrik tu kami terus tuju ke ICU. Muka mak ayah budak tu memang sedih sangat la. Rupa-rupanya budak tu jatuh hari Isnin. Jadi dah semalaman la dia ditahan dalam ICU tu.
Menurut Abg E, anak dia jatuh dari balkoni rumah, anak dia tu umur baru 3 tahun. Kalau ikutkan tebing balkoni tu tinggi, kalau aku nak jengah keluar pun kena menjengket sket baru lepas kepala aku ni nak menjengah ke bawah. Deorang tu duduk kat kem Kementah rumah tingkat 9. Anak dia telah memanjat penyidai baju besi yang 3 tingkat tu, sedar-sedar je dah terlepas ke bawah. Orang kata budak kecik ni ade malaikat yang menjaganya, betul ke? Tapi kalau ikut kes anak sepupu asben aku ni dia memang la bernasib baik sangat sebab walaupun dia jatuh dari tingkat 9 tapi dengan kekuasaan ALLAH dia boleh tersangkut kat simen selebar 0.5m di tingkat 6.

Result scan dia pun positif, tiada patah tulang mahupun kecederaan dalaman yang kritikal. Hanya patah gigi dan cedera di muka, masa kami melawat tu adik y muntah2 macam lendir, doktor kata pun keadaan adik stabil. Dia dah boleh buka mata dan sedar dengan kehadiran kami. Aku cuma boleh doakan, dengan harapan semoga adik y sembuh. Ida harap semua rakan-rakan boleh tolong mendoakan adik y sembuh dan kembali normal seperti dulu. Sungguh pun bukan anak sendiri tapi melihat keadaan dia yang meronta kesakitan sebab terhempas tu amat menyentuh perasaan keibuan aku. Lagi-lagila bila adik y sebaya dengan Aqmal.
Kejadian ni amat memberi pengajaran kepada aku supaya lebih beringat dan tak membiarkan anak-anak aku main di balkoni sendirian. Sebab nya budak baya-baya anak aku tu mana reti takut, makin dijengahnya kepala ke bawah ada la. Takde rasa gayat pun langsung. Memang selalu dengar kejadian budak kecik jatuh flat tinggi-tinggi nie, sebab rasa ingin tahu yang kuat derang ni makanya kalau boleh jangan la letak kerusi kat balkoni. Alangkan letak penyidai baju pun boleh dipanjatnya inikan lagi kerusi meja.
p/s: 1. gambar ihsan en.google yer tuan2 dan puan2 semua.
Yours sincerely,
MaDihays{Ida}
Posted at 14:35 | Labels: madihays | 15 Comments








